my followers :)

Saturday, 18 June 2011

MARTABAT SEORANG WANITA


.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Korang bacala kelebihan wanita,makhluk ni boleh buat apa2 saja… “Tangan yang mengayun buaian boleh menggegarkan dunia”korang percaya tak???….Percayalah..

1)Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2)Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3)Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4)Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya, akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

5)Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

6)Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7)Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan kasih sayang, Allah Swt akan pandang dengan penuh rahmat.

8)Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah Swt dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari permata yakut.

9)Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah Swt akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah Swt memberinya 12tahun pahala ibadat.

10)Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan ‘Bismillah’, akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11)Wanita yang menguli/ kamil tepung dengan ‘Bismillah’, AllahS.w.t akan berkatkan rezekinya.

12)Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

13) Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah S.w.t mengizinkannya memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

14) Pahala bagi wanita hamil seumpama berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari.

15) Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa, setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah S.w.t akan beri satu pahala haji.

16)Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.

17) Apabila seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala 1 tahun sembayang dan puasa.

18)Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib bagi kamu.

*SYAZ JUST COPY N PASTE FOR SHARE ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...